Thursday, July 6, 2017

Jom kita ronda kawasan hotel

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (A-li'Imraan 3:146


Disebabkan hari ni dapat balik hotel awal, ada la sikit masa untuk merendek sekitar hotel. Dari tingkap bilik aku, nun di sana boleh nampak puncak gunung bersalji. Dekat tapi jauh. Kita ambil angin dekat2 cukuplah.


Mula2 kami ke masjid yang betul2 di belakang hotel. En.Suami sempat berjemaah di sini untuk beberapa kali. Merasa solat di masjid sini. Jemaah tak ramai katanya. Hasbekicci Camii (T.T 1972) nama masjid ni.


Masjidnya kecil sahaja. Muat kurang lebih 100 orang kalau penuh. Jadi sedang elok untuk solat jumaat. Mungkin sebab masjid banyak di sini jadi dibina saiz yang kecil begini.


Dua jalan berbeza. Satu lorong yang sunyi. Tak nampak orang lalu sangat. Tak berani kami. Satu lagi laluan kenderaan yang agak sibuk. Hati2 melintas.
 

Meronda sekitar deretan kedai tanpa arah tujuan memang tak tentu arah jadinya. Nak pi mana kita ni? jalan ikut kaki. Jumpa kedai jenguk2 pasti cabut. masuk belek2 pastu belah. Dapat bali t-shirt selai utk Emad, sudah jadi perhatian. Sebabnya kami tak cakap Turki.. yang masing2 faham.. Muslim. lain pada tu angguk2 geleng2. Sorry sir. We no Turki..



Akhirnya. Jumpa juga yang dicari En.Suami. Dia memang hantu jajan. Yang dicari doritos yang ada campuran biji poppy. Jangan balik tak jumpa jalan sudah lepas ni. Esok kita dah nak gerak ke tempat lain. Buat bekal tengah jalan jer doritos ni. Malam ni tidog puas2. Esok bangun dgn semangat baru.


No comments:

Post a Comment