Monday, July 24, 2017

Masjid Biru yang mendamaikan

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. (A-li'Imraan 3:156)


Dah kenyang makan di Restoren Sultan tadi, kena excercise jalan kaki sikit nak pi solat. Nampak tak laluan yang macam terowong tu? Jalan tu la kita nak lalu ke Masjid Biru/Blue Mosque yang terkenal seantero dunia untuk solat.


Hati2 bila melalui jalan2 di sini. Nampak saja tenang dan seperti tidak ada keraguan. Malang tidak berbau. Manusia berhati jahat ada di mana2 tanpa kita sedar. Jaga2 beg tangan dan dompet masing2.


Nama sebenar Masjid Biru adalah Sultanahmet Camii (Masjid Sultanahmet). Kenapa dipanggil Masjid Biru? Nanti kita akan tahu.


Bila memasuki ruang terbuka masjid, memang ramai pelanconglah. Yang sedang rehat. Yang bergambar. Yang nak solat. Ternyata ia bukan sekadar masjid, tetapi juga sebagai 'social life complex' dengan ruang legarnya yang luas.


Keluar melalui tangga belakang, boleh ke tandas dan bilik wuduk bagi wanita yang terletak di ruang bawah tanah. Bagi lelaki, ruang wuduknya terbuka dan terletak di deretan tiang2 di bawah.

Kredit gambar utk Sarina dan adiknya. T.Kasih
"Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru yang menghiasi dinding bahagian dalamnya. Masjid ini dibina antara tahun 1609 dan 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Sama seperti masjid lain, ia juga dibina untuk makam pengasas, madrasah dan tempat penginapan. Masjid ini masih digunakan dan telah menjadi tarikan pelancong kerana keindahan seni binanya." (http://www.umrahmakbul.com/tempat-lawatan.php?i=51#.WXVkGlERXcs)


Tak banyak gambar masjid yang aku rakamkan sebab gambarnya sudah terlalu banyak aku tengok di internet. Impian aku untuk melihat dan berada di masjid ini tercapai akhirnya. Alhamdulillah.

Kredit gambar utk jemaah Al Ilmi. Kamera siapa ya dalam banyak2 tu?
Bergambar beramai2 berlatar belakangkan Masjid Biru yang mendamaikan.Insyaallah, ziarah yang tidak menjemukan. Mungkin satu hari nanti jika dapat hadirlagi bila kuntuman ros mula berkembang mekar dengan haruman semerbak :)

No comments:

Post a Comment