Monday, July 3, 2017

Pigeon Valley

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (A-li'Imraan 3:144)


Tamat lawatan di Underground City, Kaymakli. Al Ilmi! Jom! Jom! We go to Pigeon Valley. Letaknya di antara Uçhisar and Çavuşin. Seperti namanya, boleh dilihat di batu2 lubang2 yang kelihatannya dari jauh seperti rumah merpati. Memang banyak. Bagi yang minat, mungkin bole saja hiking and trekking di bawah sana untuk melihat dengan lebih dekat.


Di bahagian hadapan kenderaan saja banyak. Orang tak ramai sangat. Bila masuk saja ke bahagian belakang. Mak aiii. Macam pesta la pulak. Yang bergambar yang dok saja2. Yang memerhati gelagat orang (aku la tu hihi).


Bergambar selfie/welfie di tebing2 yang tidak berpagar. Gerun juga. Kalau jatuh camna? Bila tengok keterujaan pelawat bergambar, takut depa lupa dunia. Silap pijak boleh ke bawah sana. Na'uzubillah.


Ada kedai..apa lagi. Shopping jangan tengok saja. Aku sempat beli pashmina di sini dgn harga yg agak reasonable. Hadiah untuk orang. Tak kisah la. Janji ada.


Tak lama pun di Pigeon Valley. Perut dah lapar. Bas bergerak laju ke sini. Bukan nak makan di Kaya Hotel pun. Tumpang parking saja.


Ohhh. Nehe. Nehe. Nehe. Bukan nak pi bukit sana. Tuuu. Kita kena turun ke bawah utk ke bangunan restoren yang ada bendera tu. Omer kata kena mai awai dalam jam 11-11.30. Kalau tak nanti ramai orang, jenuh berbaris. Percaya je la kata2 dia.


Bindalli Restaurant. Alhamdulillah kami kumpulan pertama tiba. Belum ada pengunjung lain. Jadi senang memilih makanan. Tak perlu berebut. Berbaris pun seminit dua sahaja. Alhamdulillah. Tapiii.. bila aku selesai makan, nak tambah konon... huhuhu. Sedih sekali. Dah ramai pengunjung kelaparan yang berbaris panjang. Terpaksa aku lupakan hasrat menambah daging kebab yang sedap.


Makan secara buffet. Masa ni belum ramai orang. Tapi sebab aku bukan peminat salad, takat tengok saja la. Satu meja penuh dengan salad mentah saja..huhuhu. Aku nak kebab tadiiii. Nyesal tak jadi tamak masa mula2 tadi hahaha. Dah ramai pengunjung ni, babai kebabbbb.

No comments:

Post a Comment