Wednesday, July 26, 2017

St.Sophia/ Hagha Sophia/ Aya Sofya yang satu

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). (A-li'Imraan 3:157

 

Selesai solat dan ziarah Masjid Biru, kita ke seberang jalan pula untuk lawat St.Sophia/ Hagha Sophia/ Aya Sofya. Penat? Belum lagi walaupun paginya bertolak dari Bolu.

Kredit gambar buat Firdaus. T.Kasih Firdaus
Nak masuk sini ada tiketnya. Ini masih diruang luar sambil telinga mendengar penerangan Omer, mata melilau tengok keliling. Tangan pula asyik nak ambil gambar saja.

 

Sebahagian St.Sophia dari luar. 
 
 

Ruang dalam St.Sphia. Sebahagiannya kelihatan seperti gereja. Sebahagian lagi dipenuhi kaligrafi yang menggambarkan ianya sebuah masjid. Ya.. Haghia Sophia ini sangat terkenal kerana ia pernah menjadi gereja dan juga pernah menjadi masjid! Namun pada 1934, ia akhirnya ditukar menjadi sebuah muzium atas perintah Kamal Antartuk. Website ini menceritakan dengan terperinci kisah Hagha Sophia.   http://www.hagiasophia.com/

 

Sebahagian tinggalan yang boleh dilihat di dalam bangunan muzium ini. Tapak untuk majlis pertabalan dan juga jar marmar untuk mengisi air (ada 2 atau 3? paip pada jar ini untuk) yang diguna sebagai air minum.
 
Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan). (A-li'Imraan 3:158

 

Ini tangan K.Arfah yang mencuba nasib di lubang ajaib pada satu tiang di dalam muzium. Katanya sesiapa yang meletak ibu jarinya pada lubang tersebut dan dapat memusingnya lengkap satu pusingan, akan bertemu jodoh ke apa ntah. Ada ke yang boleh pusing jari dia tanpa mengangkat tangan tu?


Pameran kaligrafi yang mencatatkan kisah2 dan sejarah muzium ini. Tekaan aku saja la sebab tak faham sangat pun apa yg ditulisnya hahaha.

Kredit gambar buat jemaah Al Ilmi. T.Kasih
Dan akhir sekali, bergambar beramai2 berlatarkan belakangkan Haghia Sophia. Sebenarnya bergambar ni dulu baru masuk muzium sebab ia mengadapt Masjid Biru saja. Abis tengok2 muzium, jom jalan kaki lagi.

 

Hari ni kita jalan kaki saja dari satu tempat ke tempat lain. Semuanya pi mai pi mai tang tu jugak. Dalam radius yang sama. Dalam dok jalan2 tu mata melilau juga. Buah berangan bakar ni menarik pula tengok. 2 kali aku beli. Berangan dia besar2 betul. Malam nanti boleh benrangan lama2 sikit hahaha.

 

Dan kita tiba ke kedai yang disarankan oleh Omer untuk membeli Turkish Delights, minyak argan dan macam2 lagi. Hmm..belila jugak Turkish delight sekilo. Nanti beli lagi kat tempat lain. Ini baru starting.
 
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (A-li'Imraan 3:159


Kredit gambar jemaah Al Ilmi. T.Kasih
Tudia depa ghumun dalam kedai. Beli beli jangan tak beli. Pilih kakak adik abang mana yang berkenan. Jangan lupa bayag sudah. Mamat kat kiri tu pandai la pulak nyanyi Aku Cinta Kamu ke apa.. Berapa lama dia praktis hafal dan nyanyi tu ya?

 

Safron. Sapa masih ingat mana yang tulen mana yang campuran? Yang kaler kuning di kiri tu yang asli, tiada campuran. Satu gram = RM50 kut. LUpa dah tapi aku tak beli pun di sini. Beli kat tempat lain. Yang di kanan tu kurang keasliannya. Namun fungsi tetap sama.

 

Dah rasa puas hati menabur lira kat kedai ni, kita jalan kaki lagi. Cuma kali ini yang menariknya kita dibelanja naik tramvay! Yahuuu yabedabedu! Kurang2nya tak ler asik tengok je tram tu pi mai pi mai, kita tak naik2 jugak. Maka, berbondong2lah rakyat marhaen yang pertama kali nak naik tram ni. Riuh macam pasar malam hahaha.


Jadual dan laluan tram yang pakai kanta pembesar saja bole membacanya. Kecik sangat. Dan tersenyum lebar Kak Anisah bila dapat naik tram dan dapat duduk sebelah pakcik Turki ni hahaha. Jangan marah K.Nisah ye.

Kredit gambar buat Hj.Mad. T.Kasih Hj.Mad
Save the best for last kata omputeh. Makanya, gambar yang paling best ini aku masukkan juga di dalam entri ini. Inilah kumpulan rakyat yang berbondong2 tadi. Di seberang jalan sana pula, masyarakat setempat tertanya2 dalam kepelikan. Apahal kumpulan manusia ini riuh rendah benar seperti tidak pernah jumpa tram? Hahaha.. bukan tak pernah jumpa, cuma teruja bila beramai2 dalam kumpulan yang sporting macamni.

 

No comments:

Post a Comment